Monday, September 29, 2014

BINARY : SEBELAS


SEBELAS

Semester baharu baru sahaja bermula. Mood cuti masih lagi ada. Mood belajar memang awal-awal lagi belakang cerita.

Wawa meneliti course guidelines yang baru sahaja diperoleh daripada pensyarah. Haishh… tiga lagi projek sem ni.

Pandangan dialih kepada telefon bimbit sebaik deringan SMS berbunyi.

     Kak Kaie : Salam Wawa. Wawa tak ikut autumn retreat kan?

Cermin mata ditanggalkan. Hujung pangkal hidung dipicit dengan jari sambil mata terpejam. Seketika, dia kembali kepada telefon bimbit.

     Wawa      : Tak. Ada kerja.
     Kak Kaie : Baik. Tapi akak assign awak dengan Sis Lily Maryam boleh untuk bagi pengisian untuk junior                        yang tak dapat turut serta.

Wawa dah memicit-micit dahi. Hailaaa…

Jujur, sejak kebelakangan ini, dia sendiri terasa agak ketinggalan. Atau mungkin juga dia yang sengaja melarikan diri dari medan tarbiyyah. Pertama, amanah untuk menyampaikan pengisian untuk junior-junior yang baharu sahaja sampai ke Auckland. Sengaja dibeli tiket lambat-lambat untuk mengelak dari bertembung dengan junior-junior. Keduanya, autumn retreat yang juga sengaja dielakkan. Dan termasuk juga berbagai lagi program-program yang mendatang.

Sekali lagi, jujur, dia sendiri merasakan kehilangan Kak Jue sejak dari summer tempoh hari. Mungkin penangan Kak Jue mula kering dari dalam jiwanya.

     Wawa      : I am not any good la akak
     Kak Kaie : Awak the best, tahu?

Wawa melepas keluh. Telefon bimbit ditatap. Lama. Seketika, telefon bimibit bordering lagi.

     Kak Kaie : So, Wawa okey kan?


No comments:

Gadgets By Spice Up Your Blog